“(4B) Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat.”
Bergerak !
0
Jumlah Keahlian
0
Cawangan Aktif
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat. Cogankata yang konkrit ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Ia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965 yang dipimpin oleh Cikgu Mohd. Kassim Shah yang berkhidmat selama 3 tahun (1965-1968).
Konsep 4B ini adalah sangat sesuai dengan agenda pertubuhan ini yang menumpukan dalam bidang pertanian pada mula penubuhannya yang terhasil daripada persepakatan ahli jawatankuasa pengasas pergerakan dan menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib belia luar bandar dalam bidang ini.
Motto utama ialah ‘Bergerak’.Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh Mohd Kassim Shah melalui pendekatan kebangkitan perjuangan kemerdekaan di Malaysia dan Indonesia yang menggunakan slogan ‘Gerakan’. Manakala ‘4B’ pula terhasil dari konsep ‘4H’ yang di ilhamkan oleh Abdullah Malim Baginda.
Konsep 4H yang di gunakan di Amerika Syarikat juga diguna pakai oleh Gerakan Belia Thailand.Idea ini juga tercetus hasil lawatan sambil belajar Mohd. Kassim Shah bersama-sama rakan belia yang lain ke Thailand. Pada ketika itu, Cikgu Mohd. Kassim merupakan Pengerusi Kesatuan Ikatan Seni Budi Kuala Lumpur.
Seramai 29 orang turut mengikuti rombongan sambil belajar ke Chiang Mai, Thailand pada tahun 1965. rombingan ini adalah terdiri daripada pengerusi dan setiausaha pelbagai perrtubuhan belia. Lawatan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS).

Ramadan Al-Mubarak
Semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat anda sekeluarga.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
AKTIVITI TERKINI
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA PENGGAL 2025-2028
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA
MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali bersama-sama barisan pengurusan mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 20 Januari 2026.
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA
MENTERI BELIA DAN SUKAN
Kunjungan hormat kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada 11 Disember 2025.
KEM KEPIMPINAN GERAKWANIS 4B MALAYSIA
Kem kepimpinan gerakwanis 4B Malaysia yang diadakan pada 22 – 24 November 2024, bertempat di Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highland.